Friday, June 10, 2011

Terus Melangkah

Assalamualaikum w.b.t,


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Selamat berjumpa kembali di artikel yang baru ini. Kata H.M. Tuah, selamat luar biasa bagus dan hebat saya ucapkan pada semua pembaca. Walau kita tiak berjumpa, madah-madah ini menjadi penghubung antara kita.

Setelah beberapa ketika menempuh alam awal dewasa dan bergelar sebagai mahasiswa,cabaran demi cabaran dihadapi. Tanggungjawab dan akademik ditambah lagi dengan cabaran kesihatan yang kurang memuaskan sentiasa membuatkan diri ini berfikir sejenak. Beratnya ujian yang datang dan bertimpa-timpa akan tetapi terfikir sejenak apakah diri ini tidak yakin dengan ayat-Nya dalam surah al-baqarah dalam ayat terakhirnya iaitu Allah tidak membebankan hambanya dengan apa yang dia tidak mampu.

Maka dari sini, dapat kita lihat bahawa ada hikmah di sebalik apa yang diberikan sama ada sebagai kifarah dosa atau sebagai hadiah untuk kita mengingati-Nya semula. Moga apa yang terjadi menjadi pemangkin untuk kita terus ke hadapan.

Saya ada satu cerita untuk dibawa di sini. Waktu teribat dengan satu aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim berdekatan dengan universiti. Ada seorang anak yatim saya berbual dengannya,

"Adik,besar nanti nak jadi apa?" tanya saya.

"Nak jadi bos,nak kaya,nak tolong mak."jawab adik itu.

Kuat betul semangat kanak-kanak ini kerana walaupun dari keluarga yang bermasalah tapi dia sedar bahawa dia perlu menjadi pengubah kepada keluarganya agar mereka boleh hidup bersama dalam satu keluarga yang harmoni. Kita nampak di sini bahawa semua kesusahan itu bukan halangan untuk kita lebih maju.Mungkin kita kurang menyerlah sekarang akan tetapi kita dapat membangunkan jiwa dan menonjol di masa hadapan kelak.

Moga dapat kita ambik cakna dengan perkembangan dunia yang serba mencabar ini agar kita bersedia menghadapi jatuh bangun sebuah kehidupan.InsyaAllah.

Wallahualam.