Sunday, September 11, 2011

Kenangan Suatu Persahabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kertas yang ke tiga untuk peperiksaan akhir semester May 2011, akan tetapi malam tadi aku tak bersemangat untuk belajar dan pagi ni pulak dibelek-belek status facebook. Terkenang kisah-kisah yang dulu pernah dibuat dan dirindui untuk diulang.

Antara perkara yang selalu dibuat dan mungkin pembaca juga pernah buat:
  1. Sakat orang ketika cuti hujung minggu sebab kat asrama takde prep.
  2. main bingo kalau bosan-bosan
  3. lepak di tempat yg agak tersorok ketika tekanan melanda atau teringat ....
  4. baca novel sehari semalam tanpa henti sampai habis walaupun esok hari akan ada test.
  5. menonton movie back to back ketika study week.
  6. bersembang pasal gosip kawan-kawan.
  7. buat blog pasal kerjaya sebab terlalu bosan.
  8. barbeku di tengah asrama ketika tiada orang di asrama.
  9. stay up malam-malam atau keluar jalan-jalan time malam
  10. berbasikal masuk hutan sorang-sorang
Kalau dalam list ini banyak pasal perkara yang dibuat ketika aku hendak menghadapi peperiksaan. Ada yang esoknya ada peperiksaan dan aktiviti tersebut berlaku hari ini.

Aku lebih suka mendekatkan diri dengan alam bila diri dihujani tekanan. Orang lain bila dengar cuti atau tiada kelas akan berbicara soal nak rehat tapi situasi berlainan berlaku pada aku. Pabila cuti melanda, disitu masa untuk aku mencari pengalaman baru.

Ujian yang terbesar adalah nikmat masa lapang dan kesihatan. Oleh itu penuhilah segala masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah yang dapat meningkatkan kualiti diri apabila berhadaan dengan Allah dan juga apabila berhadapan dengan manusia.

Bina kualiti diri, Bina potensi diri, Kukuhkan reputasi diri....

Thursday, September 8, 2011

Episod 1: Meniti Perjalanan

Malam hari ni terang di sinari cahaya rembulan,mengambang penuh. Detik ini bagai mengetahui apa yang sedang bergelumang dalam diri ini,menngingati saat-saat indah ketika zaman remaja dahulu. Hari ini genap setahun aku melangkah kaki ke dunia universiti. Terkenang kembali saat ketika berada zaman sekolah dulu.Ketika hari terakhir sebelum pulang ke rumah selepas SPM.

“ Eh,korang plan apa  nak buat malam ni? Aku dah habis paper dah,tunggu korang je sampai last paper. Malas ar balik awal - awal.” Aku bertanya.  Subjek SPM tahun ni yang last adalah subjek Akaun. Jadi aku tunggu kawan aku sampai diorang habis. Aku jurusan Biologi. Jadi memandangkan rumah dekat dengan sekolah ak ambil keputusan untuk lepak dgn diorg dulu.

“Aku ni dah malas dah nak study. Apa kata malam ni kita barbeku dalam asrama? Semua orang mesti fly punya ni.Senya sunyi asrama ni.” Fuad memberi cadangan. Boleh pakai jugak otak budak ni bila sampai waktu - waktu macam ni.

“Mmg la blh bakaq tapi hang nak bakaq apa? Mana ada apa pun la ni.” Balas aku selepas terfikir pasal makanan yang nak dibuat barbeku.

“ Apa kata kita buat roti lilit? Tepung kat bilik aku byk lg.”Faris memberi cadangan.

“Hang tau ka nak buat mcm mn?” Aku bertanya semula.

“Aku besa buat dah. Jom kita try.” Jawab Faris dengan berkeyakinan.

Malam itu kami berempat mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Minyak dah ada yang tak habis time buat barbeku kelas sekali dengan arang. 

“ Weh, amik tilam dalam stor hujung tu kita bentang tengah - tengah padang ni!” Jerit aku dengan spontan ketika mencari kawasan yang sesuai.

Sementara itu aku sedang menyiapkan unggun api untuk kami melepak malam 2. Semua mengusung buku2 yang nak di baca dan tidak lupa juga tepung yang dh diuli.

“ Eh, mcm mn nak bakar benda ni?” tanya Puad.

“ Ko amik doh ni dan ko gentel bagi panjang lepas tu amik lidi dan belitkan kat lidi tu. Nanti blh bakar.” Senang faris memberi penerangan ringkas dan padat.

“Eleh,apa la Puad. Buat akaun berjela-jela pandai. Nak buat roti ni pun tak reti.” Mengampuk KA yang asyik mengangkat tilam tambahan dari biliknya ke tempat kami melepak.

Malam itu sunyi sebab ramai pelajar yang ambil Biologi dah lama balik. Tinggal yang ambil akaun dan rekacipta je. Maklumlah bila dah habis exam mest gejala fly akan berleluasa.Itulah terjadi pada pelajar yang ambil Rekacipta. Jadi sunyilah Asrama lelaki yang dinamakan Tanjung Cincin (TC),hanya tinggal kami berempat sahaja.

**********

“ Faris,roti dah habis ni.aku lapar lagi ni. Tadi  makan kot time dinner. Aku tido.” Kata KA.
“Eh,ko ni makan byk la plak.mn ada dh roti. Tepung pun dah habs.Kalau x blh buat lagi.” Balas faris sambil menelaah buku yang dibawanya.

Sedang rancak berbual terdengar bunyi moto yang sangat dikenali memarkir moto ditempat parkir.Kelam kabut kami berempat lintang pukang mengambil air untuk padam unggun api dan sembunyikan tilam yang dibawa keluar.nampak kat warden mesti habis la kena denda pusing maktab malam2 ni sambil usung tilam. Tapi kami sempat la padam api dan sembunyi tilam 2 dan pergi masuk tandas. Buat2 baru keluar tandas time 2.

Warden datang tanya “mana kawan2 kamu semua? Senyap je asrama ni.” Aku menjawab “ diorang byk dah balik cikgu sebab tu senyap je. Yang ada pun yang nak amik akaun je. Ada berapa orang je pun.” 

Harap2 warden percaya la cakap aku ni.kalau tanya pasal budak2 yang amik rekacipta memang mati aku.
“ Kamu kan amik Biologi ke?kenapa x balik lagi? Dah habis kan?”

“Saja tunggu kawan. Lagipun rumah saya dekat ja cikgu.” Jawab denganberjaga2. Ketika bersembang cikgu berjalan ke tengah asrama.  Jangan la dia nampak bekas bakar unggun api tadi. Dah la budak2 ni x keluar dari tapak penyembunyian lagi ni.Kalau kantoi jangan ingat aku xkan panggil korang.aku bermonolog. 

“Itu korang bt apa kat tgh2 padang 2?” sambil menunjukkan tangan ke arah bekas unggun api tadi.

Alamak,kantoi la plak. Jawab je la kami buat makan2 skit. Lapar sangat sebab Dewan Selera dah x buat supper sebab x ramai orang.

“Kami makan-makan sikit tadi kat situ cikgu.” Balas aku.

“Bakar apa?” 

“ Kami buat roti je. Bakar roti lilit.” Jawab aku dengan selambanya. Dalam hati,cikgu ni tak mau marah ke? Aku buat unggun api dalam asrama kot.

“La,awat korang x bgtau.Klu x blh mintak kat DS ptang tadi suruh diorang perap ayam.bleh bt barbeku aya.Kenyang la skit.” La,aku ingatkan nak marah tadi.rupanya suruh buat lagi grand punya barbeku.
Kawan-kawan aku yang terlibat keluar dari tapak persembunyian dengan lakonan masing2 selepas mendapat sign lineclear dari aku.

“Kami bt sikit2 ja cikgu,aku hilangkan boring.nak keluar x blh.” Jawab gaya innocent mcm x pernah fly.

“Ok lah,korang nak bakar blh bakar tp jgn bakar asrama ni sudah. Tau la dah habis SPM.Kesian kat junior nak blaja lagi tahun depan.”

“Terima kasih cikgu. Esk kami minta dekat DS barbeku ayam.” lepak je aku balas kat cikgu.

Lepas cikgu beredar sambung lagi perjalanan camping dalam asrama ni. Bukan senang nak dapat green light mcm 2.

Friday, June 10, 2011

Terus Melangkah

Assalamualaikum w.b.t,


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Selamat berjumpa kembali di artikel yang baru ini. Kata H.M. Tuah, selamat luar biasa bagus dan hebat saya ucapkan pada semua pembaca. Walau kita tiak berjumpa, madah-madah ini menjadi penghubung antara kita.

Setelah beberapa ketika menempuh alam awal dewasa dan bergelar sebagai mahasiswa,cabaran demi cabaran dihadapi. Tanggungjawab dan akademik ditambah lagi dengan cabaran kesihatan yang kurang memuaskan sentiasa membuatkan diri ini berfikir sejenak. Beratnya ujian yang datang dan bertimpa-timpa akan tetapi terfikir sejenak apakah diri ini tidak yakin dengan ayat-Nya dalam surah al-baqarah dalam ayat terakhirnya iaitu Allah tidak membebankan hambanya dengan apa yang dia tidak mampu.

Maka dari sini, dapat kita lihat bahawa ada hikmah di sebalik apa yang diberikan sama ada sebagai kifarah dosa atau sebagai hadiah untuk kita mengingati-Nya semula. Moga apa yang terjadi menjadi pemangkin untuk kita terus ke hadapan.

Saya ada satu cerita untuk dibawa di sini. Waktu teribat dengan satu aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim berdekatan dengan universiti. Ada seorang anak yatim saya berbual dengannya,

"Adik,besar nanti nak jadi apa?" tanya saya.

"Nak jadi bos,nak kaya,nak tolong mak."jawab adik itu.

Kuat betul semangat kanak-kanak ini kerana walaupun dari keluarga yang bermasalah tapi dia sedar bahawa dia perlu menjadi pengubah kepada keluarganya agar mereka boleh hidup bersama dalam satu keluarga yang harmoni. Kita nampak di sini bahawa semua kesusahan itu bukan halangan untuk kita lebih maju.Mungkin kita kurang menyerlah sekarang akan tetapi kita dapat membangunkan jiwa dan menonjol di masa hadapan kelak.

Moga dapat kita ambik cakna dengan perkembangan dunia yang serba mencabar ini agar kita bersedia menghadapi jatuh bangun sebuah kehidupan.InsyaAllah.

Wallahualam.

Sunday, May 15, 2011

Buku yang Bermanfaat

Assalamualaikum w.b.t,


Pernah nampak buku ini, mungkin ada sesetengah pembaca sudah melihatnya tetapi bagi semua ingin saya kenalkan pada semua. Inilah satu majalah keluaran baru dari syarikat Kalimat Cinta Sdn. Bhd. yang menarik dapat memberikan anda ilmu agama yang diperlukan oleh kita sebagai bekalan dunia dan akhirat. InsyaAllah, buku ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak untuk kita terus mendalami ilmu agama dalam kehidupan kita.

Buku yang menarik ini dikarang oleh ustaz-ustaz yang berpelajaran tinggi dalam bidang masing-masing. Anda boleh melihat ulasan tentang buku ini di http://majalahfarduain.blogspot.com/ . Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh layari www.stormreaders.net/fitrijamil dan anda boleh dapatkan pelbagai buku yang popular di sana. Bersama kita sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat.

Wallahualam.

Renunglah diri

Assalamualaikum w.b.t,


Apabila melihat semula gambar-gambar sepanjang 3 tahun berada di universiti, diri ini sedar bahawa telah banyak amanah yang diambil sepanjang masa tersebut namun begitu diri ini tertanya-tanya adakah telah selesai amanah yang diberi tersebut.Terlaksanakah ia sebaik mungkin dan tercapaikah objektif yang ingin dicapai.Pada mata kasar memang benar ia bagaikan sudah selesai apabila tamatnya program tersebut.

Apabila diteliti semula, diri ini terasa betapa beratnya amanah yang telah ditanggung sebelum ini. Adakah diri ini dapat menjawab semua amanah ini di hadapan Allah nanti? Bagaimana ingin aku menjawab di hadapanNya nanti? Moga Allah menerima segala gerak kerja yang telah aku lakukan semampu yang boleh.

Akhir kalam,marilah kita meneliti hadis di bawah dan sama- sama kita memperbaiki diri. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Wallahualam.

Sunday, May 8, 2011

UNIC - Menuju Wawasan

Album: Hijrah

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Friday, May 6, 2011

Sekadar Selingan Dunia 1

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua hari ini? Hebat-hebat belaka pencapaian untuk hari ini kan? Memang itulah yang patut kita jadi. Hari ini perlu lebih baik dari semalam sebab itulah saya katakan kita hebat semua hari ini, InsyaAllah.

Hari ini sekadar penyampaian santai penghilang tekanan belajar dan sekadar luahan hati. Pernah tengak filem Cun? Nak kata best mungkin untuk saya menarik juga cerita ini sebab dia guna loghat Kedah. Teringat waktu-waktu kecik dulu. Bila balik kampung sama-sama dengan sepupu terjun sungai dan bendang, pergi tangkap ikan dan panjat pokok. Lepas tengok cerita ini memang mengimbau kembali kenangan tapi kenangan itu dah tak boleh diulang.


Dalam cerita ini ada satu 'scene' yang pelakon itu nyanyi lagu ini. Best jugak lagunya. Itulah kegembiraan bila lepak sama-sama, berkongsi masalah, kegembiraan dan teguran bersama. Ini lirik dalam 'scene' itu:

Cinta Tujuh Hari.

Angin sampaikanlah berita
Buat dia yang disana 
Kau bisikkanlah di telinganya
Bahawa aku cinta kepadanya

Angin tolong kawanku ini,
Yang sudah mabuk cinta,
Kau nyatakan kepada semua
Dia kini sudah jadi gila

Coretan dari filem 'Cun'

Ayat liriknya mudah tapi mungkin menarik kot.Boleh lupakan tekanan belajar kejap. Tapi jangan dilupakan la hiburan lain yang kita sudah ada dalam ibadah seharian. Berzikir, bersolat dan ziarah-menziarahi pun adalah hiburan juga dalam hidup kita ini. Jangan jadikan media sahaja sebagai hiburan kita. Ingatlah alternatif yang kita ada.

Setakat ini sahaja, saya ingin menyambung belajar. Imtihan belum selesai. Ada lagi tiga subjek lagi. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Moga kita berjaya bersama dunia dan akhirat.

Wallahualam.