Sunday, May 15, 2011

Buku yang Bermanfaat

Assalamualaikum w.b.t,


Pernah nampak buku ini, mungkin ada sesetengah pembaca sudah melihatnya tetapi bagi semua ingin saya kenalkan pada semua. Inilah satu majalah keluaran baru dari syarikat Kalimat Cinta Sdn. Bhd. yang menarik dapat memberikan anda ilmu agama yang diperlukan oleh kita sebagai bekalan dunia dan akhirat. InsyaAllah, buku ini dapat memberi panduan sedikit sebanyak untuk kita terus mendalami ilmu agama dalam kehidupan kita.

Buku yang menarik ini dikarang oleh ustaz-ustaz yang berpelajaran tinggi dalam bidang masing-masing. Anda boleh melihat ulasan tentang buku ini di http://majalahfarduain.blogspot.com/ . Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh layari www.stormreaders.net/fitrijamil dan anda boleh dapatkan pelbagai buku yang popular di sana. Bersama kita sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat.

Wallahualam.

Renunglah diri

Assalamualaikum w.b.t,


Apabila melihat semula gambar-gambar sepanjang 3 tahun berada di universiti, diri ini sedar bahawa telah banyak amanah yang diambil sepanjang masa tersebut namun begitu diri ini tertanya-tanya adakah telah selesai amanah yang diberi tersebut.Terlaksanakah ia sebaik mungkin dan tercapaikah objektif yang ingin dicapai.Pada mata kasar memang benar ia bagaikan sudah selesai apabila tamatnya program tersebut.

Apabila diteliti semula, diri ini terasa betapa beratnya amanah yang telah ditanggung sebelum ini. Adakah diri ini dapat menjawab semua amanah ini di hadapan Allah nanti? Bagaimana ingin aku menjawab di hadapanNya nanti? Moga Allah menerima segala gerak kerja yang telah aku lakukan semampu yang boleh.

Akhir kalam,marilah kita meneliti hadis di bawah dan sama- sama kita memperbaiki diri. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Wallahualam.

Sunday, May 8, 2011

UNIC - Menuju Wawasan

Album: Hijrah

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Friday, May 6, 2011

Sekadar Selingan Dunia 1

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua hari ini? Hebat-hebat belaka pencapaian untuk hari ini kan? Memang itulah yang patut kita jadi. Hari ini perlu lebih baik dari semalam sebab itulah saya katakan kita hebat semua hari ini, InsyaAllah.

Hari ini sekadar penyampaian santai penghilang tekanan belajar dan sekadar luahan hati. Pernah tengak filem Cun? Nak kata best mungkin untuk saya menarik juga cerita ini sebab dia guna loghat Kedah. Teringat waktu-waktu kecik dulu. Bila balik kampung sama-sama dengan sepupu terjun sungai dan bendang, pergi tangkap ikan dan panjat pokok. Lepas tengok cerita ini memang mengimbau kembali kenangan tapi kenangan itu dah tak boleh diulang.


Dalam cerita ini ada satu 'scene' yang pelakon itu nyanyi lagu ini. Best jugak lagunya. Itulah kegembiraan bila lepak sama-sama, berkongsi masalah, kegembiraan dan teguran bersama. Ini lirik dalam 'scene' itu:

Cinta Tujuh Hari.

Angin sampaikanlah berita
Buat dia yang disana 
Kau bisikkanlah di telinganya
Bahawa aku cinta kepadanya

Angin tolong kawanku ini,
Yang sudah mabuk cinta,
Kau nyatakan kepada semua
Dia kini sudah jadi gila

Coretan dari filem 'Cun'

Ayat liriknya mudah tapi mungkin menarik kot.Boleh lupakan tekanan belajar kejap. Tapi jangan dilupakan la hiburan lain yang kita sudah ada dalam ibadah seharian. Berzikir, bersolat dan ziarah-menziarahi pun adalah hiburan juga dalam hidup kita ini. Jangan jadikan media sahaja sebagai hiburan kita. Ingatlah alternatif yang kita ada.

Setakat ini sahaja, saya ingin menyambung belajar. Imtihan belum selesai. Ada lagi tiga subjek lagi. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Moga kita berjaya bersama dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Dikala Dinihari ,Hati Mencari-cari

Assalamualaikum w.b.t


Tika malam menjelma,
Bulan datang menampakkan diri,
Langit cerah disimbahi cahaya rembulan,
Tetapi hati ini,
Tertanya-tanya siapakah peneman diri,
Penyeri tika suka dan duka,

Hari yang mendatang,
Langitnya mendung sahaja,
Bagai memahami hati yang duka,
Berkecamuk dalam masalah dunia.

Perlukah aku menanti cinta manusia?
Membiarkan pergi cinta pada yang Maha Esa,
Masihkah aku mengejar cinta yang sementara,
Sedangkan aku boleh mendapatkan cinta yang hakiki.

Cinta manusia hanya di dunia,
Cinta Ilahi sampai ke Syurga,
Peroleh cinta manusia,bahagia di dunia,
Peroleh cinta Ilahi, bahagianya kekal abadi,

Duhai hati yang gundah-gulana,
Kenapa masih memikirkan cinta dunia,
Tidak sedar lagikah dirimu,
Akan kepentingan cinta Ilahi.

~Bersama Mencari Mahabbatullah~

Thursday, May 5, 2011

Tingkatkan Usaha Dan Tawakal

Assalamualaikum w.b.t,


Denang nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Yang sentiasa mengurniakan nikmat dan kebaikan kepada kita tanpa diminta. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaaNya.

Tiba sahaja bulan April dan Mei maka itulah saat-saat para pelajar universiti bergelumang dengan pelbagai perasaan.Nak kata suka pun ada, tak suka pun ada akan tetapi walau apa pun perasaan yang melanda kita perlu juga hadapi dengan penuh tekun dan juga tawakkal. Pakar motivasi selalu berkata gunalah formula D.U.I.T iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Dah buat ke sahabat seperjuangan sekalian? InsyaAllah, dekat-dekat peperiksaan ini mesti semua dah dilaksanakan.
Allah juga berfirman dalan Al-Quran:

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)
 
Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita bertawakkal setelah berusaha untuk mendapatkan sesuatu:

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Maka dapat kita simpulkan di sini,konsep tawakal itu penting dan jangan pula tersalah konsep. Tawakal ini memerlukan usaha kita terlebih dahulu baru diserahkan urusan kepada Allah untuk menentukannya bukan kita menyerahkan urusan kita kepadaNya tanpa berbuat apa-apa. Ingatlah Allah memberikan sesuatu kepada kita berdasarkan apa yang telah kita usahakan.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan mengambil peperiksaan. Moga kita terus cemerlang di dunia ini untuk mengizzahkan Islam dan kita juga cemerlang di akhirat kelak,InsyaAllah.

Wallahualam...

Wednesday, May 4, 2011

Kembali Ke Zaman 90'an

Assalamualaikum w.b.t,



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,alhamdulillah dapat lagi kita menghirup udara segar kurniaan Allah yang tidak terhingga ini,masih dipanjangkan umur moga mendapat keberkatan dari umur ini dan moga sentiasa dalam redha Nya.

Beberapa jam lagi saya akan bergerak pulang ke kampus untuk meneruskan jihad akademik sebagai seorang pelajar universiti.Akan tetapi sepanjang dua hari pulang ke rumah ini membawaku mengimbau kembali detik-detik dulu ketika masih di bangku sekolah dan sebelumnya.Waktu kecil-kecil dahulu,ketika masih boleh ketawa riang tanpa memikirkan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Akan tetapi apakan daya masa yang berlalu hanya boleh diambil pengajaran darinya,bukan boleh diulang dan tidak perlu dikesali. Masa yang ada perlu dimanfaatkan dan dihargai dan jangan mengharap masa depan kerana kita tidak tahu sama ada kita akan peroleh masa depan itu atau tidak. Imam Al-Ghazali pernah bertanyakan anak muridnya tentang Apakah yang terlalu jauh dari kita maka jawapannya adalah masa lalu.

Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, paginya akan dipenuhi dengan masa untuk ke sekolah. teringat lagi waktu perlu bangun jam 5.30 pagi untuk bersiap,keluar tunggu bas pukul 6.00 pagi.Waktu itu,jalan pagi-pagi buta untuk ke tempat tunggu bas. Dalam perjalanan itu, singgah sebentar membeli nasi lemak untk membuat alas perut.Sampai di sekolah,masuk saja kelas terus ajak kawan main pemadam kalau tak pun minta pada kawan kerj sekolah, nak di tiru.Inilah rutin waktu kecil dulu. Balik sahaja sekolah, beg sekolah dicampakkan ke dalam rumah,terus keluar bermain.Dulu saya ada pondok atas pokok,jadi bila lepas balik sekolah memang saya akan tidur di situ. Mak dah faham sangat,kalau tak ada bila dipanggil dia akan tengok atas pokok itu.

Waktu darjah 4,5 dan 6 saya ambil kelas petang.Jadi sementara nak menunggu kelas petang yang mula pukul 3.00 petang itu,saya akan berkayuh basikal dengan sahabat saya,suhailul,fadzreen,dan khairul izuan.Kadang-kadang ramai lagi.Habis satu kampung di lawati macam menteri besar turun buat lawatan pulak.Kadang-kadang itu kelas tak ramai.Jadi sambil-sambil pusing kampung kami akan melawat rumah kawan-kawan lain untuk ajak mereka pergi mengaji sekali.Perkara waktu kecil dulu memang seronok sebab tak perlu pikir masalah apa-apa pun.

Waktu petang pulak akan turun padang main bola.Dulu suka sangat saya main bola tapi dengan abang-abang yang besar-besar.Saya baru darjah 4 tapi mereka sudah tingkatan 2 dan 3.Disebabkan saya selalu jadi penjaga gol maka selalu la kena rembatan bola yang kuat-kuat.Trauma juga kadang-kadang.Bila masuk sekolah menengah saya dah mula terfikir.Apabila belajar dengan budak-budak yang semua bijak-bijak belaka.Banyak benda dah dilupakan.Kadang-kadang main dengan sahabat pun dah kurang.Jumpa pun jarang-jarang.

Nak tahu apa permainan yang selalu dimain waktu kecil dulu.Semua tradisional,galah panjang, main getah, jadi tarzan, masuk hutan, main guli,naik basikal, panjat pokok, main guli, main gasing,dan banyak lagi.Tapi semua perkara itu hanya boleh dikenang.Bukan boleh diulang. Maka dengan setiap detik yang ada pada kita cuba kita hargai sepenuh hati dengan melakukan amal kebaikan dan amal jariah sebagai peneman di sana kelak. Sesungguhnya Allah bersumpah dengan masa maka dilihat ia adalah satu kepentingan untuk manusia menjaganya dengan baik dan amanah agar ia tidak dipersia-siakan.


‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).

Monday, May 2, 2011

Antara Realiti Dan Fantasi

Assalamualaikum w.b.t,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hari ini mencetuskan lagi sebuah idea untuk dicoretkan dalam media sesawang ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang telah berkorban untuk menyebarkan Islam ke pelosok dunia.Jika tidak kerananya,mungkin kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam yang kita peroleh sejak lahir ini.

Berdasarkan tajuk yang telah tercatat di atas,saya rasa semua sudah sedia maklum akan makna realiti dan fantasi dan sentiasa memperkatakannya pabila seseorang itu menceritakan angan-angannya yang tinggi menggunung. Reaksi yang selalu diberikan ialah:

"Eh,tengok sikit keadaan kamu itu,jangan dok berangan ja lebih.berpijak la pada bumi nyata"

Inilah respon yang bakal diperoleh jika kita berangan tinggi melangit macam nak kahwin dengan anak raja. Akan tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima. Saya nampak ketika kita masih di bangku sekolah dan universiti,kita lihat apa yang kita nak kebanyakannya dapat dicapai. Sebagai contoh kita sentiasa ingin tidur dengan selesa, dapat keluar beli-belah dengan kawan-kawan atau suasana kita yang terkawal, pakai kopiah pun orang tak mengata sangat,pakai tudung labuh pun orang tak pelik sangat dan kita mudah sahaja kalau nak berkelakuan baik.

Tetapi persoalannya di sini adakah ia sama seperti di luar sana?Ketika pemimpin bergaduh,usahawan berebut kekayaan dan mana pergi anak muda yang katanya baik,sopan dan berbudi pekerti ini.Fikirkanlah ke mana mereka hilang?adakah mereka menjadi seperti gula yang larut di dalam air dan seterusnya hilang begitu sahaja.Kenapa kita tidak jadi sirap atau milo atau kopi yang larut tetapi dapat mengubat warna air tersebut. Kita perlu kreatif dalam menghadapi masyarakat yang sudah hilang budaya dan akhlak ini. Kita pemuda adalah pengubah dan penentu masa depan negara. Seperti kata-kata Saidina Umar A.S yang berkata jika ingin melihat kekuatan sesebuah negara maka lihatlah pada keadaan pemudanya.

Saya di sini menegur diri dan kita semua agar sedar dari lena yang panjang,bangun menegakkan keadilan.Kita warga penggerak negara,kita penentu masa depan negara. Kita bukan hanya pengikut sahaja akan tetapi kita pembantu dan penasihat pemimpin semasa.Takkan kita hanya melihat ketidakadilan yang berlaku sedangkan kita tahu ia salah,Takkan kita hanya ingin menjadi tunggul kayu yang hanya memerhati dan membiarkan diri mengikut segala yang dibuat untuk kita sedangkan kita tahu ia salah. Kita punya ilmu kenapa tidak kita manfaatkan,kita punya wang kenapa tidak kita infaqkan pada jalan yang benar. Ingatlah hadis Nabi S.A.W bahawa (hadis amalan selepas mati) dan juga harta milik kita adalah harta yang kita telah berikan untuk manfaat orang lain.

Sekadar ini sahaja coretan yang serba kekurangan ini akan tetapi mari kita renung kembali di mana fungsi kita wahai syabab, sedarlah diri kita, bina kekuatan kita, kita bina generasi ilmu, generasi al-quran...

Wallahualam.

Sunday, May 1, 2011

Kenali Potensi, Tingkatkan Prestasi

Assalamualaikum w.b.t,



Apa khabar iman anda hari ini? InsyaAllah, moga kita sentiasa dalam rahmat dan inayahnya sepanjang hari ini dan hari-hari berikutnya.Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita rasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Dan jangan pula terleka dengan nikmat masa lapang dan kesihatan yang kita peroleh hari ini.

Bercakap tentang petensi diri, apa yang selalu kita fikirkan adalah apa kelebihan yang ada pada diri ini? Mari kita renungkan firman Allah S.W.T dalam At-Tin ayat 4 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan"

Dapat kita rungkaikan yang manusia adalah sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan-Nya di dunia ini.Mengapa masih kita tidak menonjolkan potensi tersebut.Masihkah kita ingin menyimpannya tanpa dimanfaatkan pada orang di sekeliling kita? Renungkan kembali pada sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(HR. Ad-Daruquthni dan Ath-Thabarani)

Jadi dapatlah kita katakan di sini bahawa potensi diri kita adalah apabila kita tahu tujuan kita di dunia ini dan apabila kita kenal siapa diri kita dan ke mana kita akan melangkah pergi selepas alam ini. Jika kita kenal, tahu tujuan dan arah kita, maka kita akan bersedia untuk menghadapinya. Untuk memudahkan kita meningkatkan potensi diri, cuba kita menjadikan ciri-ciri di bawah sebagai pedoman.


Seperti apa yang dikatakan oleh sahabat saya, dia memberikan analogi seperti berikut.Apa kita akan lakukan jika kita diminta membuat persembahan pentas di khalayak ramai? Sudah pasti kita akan menghafal skrip, menyediakan diri dengan lakonan yang mantap dan persembahan yang mengagumkan sebelum kita persembahkan pada hari sebenar. Sama juga di dunia ini. Hidup kita bagai sebuah pentas yang setiap dari kita punya peranan dan potensi masing-masing untuk dimainkan di dunia ini. Maka persediaannya kita juga perlukan sebuah skrip untuk dipertontonkan kepada Ilahi agar dapat kita peroleh rahmatNya di akhirat kelak.

Apabila potensi diri sudah dapat ditemui, maka kita akan dapat meningkatkan prestasi diri dan amalan baik yang dilakukan seperti menjaga ibadah iaitu hubungan dengan Allah dan akhlak iaitu hubungan dengan manusia dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling kita. Ayuh Syabab, kita wujudkan satu generasi baru yang taat perintah Allah, kita contohi akhlak Rasulullah, mari kita jadi seperti  Sultan Muhammad Al-Fateh.

~Ayuha Syabab,kembalikan kegemilangan Islam~