Wednesday, July 31, 2013

Persembahan Poster untuk Kajian Tahun Akhir May 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah pada hari ini 31 Julai telah terlaksana satu tugas untuk projek tahun akhir iaitu persembahan poster Pre-SEDEX. Walaupun projek masih belum sempurna tetapi persembahan berjalan lancar dan mendapat respon positif dari pensyarah.

Banyak pengajaran hari ini dengan tidak cukup tidur menyiapkan tugasan yang perlu dihantar dalam minggu ini, aku menyediakan diri untuk persembahan poster. Integriti diri teruji apabila keputusan kajian tidak sempurna. Namun aku cuba akur dan memperbaiki apa yang patut supaya segalanya baik. Kejujuran itu memang sukar ditonjolkan bahka  lebih sukar untuk dipraktikkan. Situasi ini datang ketika saat genting namun segalanya adalah dari diri kita sendiri. Jika kita sedar yang Allah sentiasa melihat kita, kita tidak akan melakukan sesuatu yang salah.

Maka di sini perlulah kita sentiasa menyedari yang kita sentiasa dipantau oleh Allah dan ini akan membuatkan kita lebih kuat dan bermotivasi dalam melaksanakan sesuatu perkara dan tugasan harian.

P/s: gambar suasana persembahan poster petang ini.

Tuesday, July 30, 2013

Bergerak Menuju Kejayaan

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, maka setiap diri yg bergelar manusia akan sentiasa berlumba-lumba untuk memperbaiki diri dan menambah ibadah harian yg kita laksanakan. Boleh dilihatkan perubahan yang sangat ketara apabila tibanya bulan Ramadhan itu. Masjid kembali penuh, ziarah menziarahi sahabat-sahabat berlaku, semua ingin bersedekah dan pelbagai lagi. Inilah kekuatan dan kelebihan madrasah Ramadhan.

Akan tetapi usahlah biarkan semangat itu hanya di awal Ramadhan tetapi pastikan ia berterusan. Madrasah Ramadhan adalah sebuah sekolah yang boleh membentuk diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik. Di bulan Ramadhan ini juga adalah peluang untuk kita menjadi lebih berjaya. Disiplin masa dan rutin harian kita berubah ketika Ramadhan dan marilah kita menggunakan baki Ramadhan yang masih ada ini untuk membentuk diri untuk menjadi lebih baik dan melatih diri untuk menjadi lebih berjaya. Muslim yang beruntung adalah mereka yang selepas berlalunya Ramadhan, mereka menjadi lebih baik dan lebih berguna dari sebelum Ramadhan manakala mereka yang rugi adalah selepas berlalunya Ramadhan, tiada perubahan yang berlaku padanya bahkan lebih teruk.

Bersamalah kita mengejar kebaikan di akhir-akhir Ramadhan ini semoga kita memperoleh kebaikan dan kita mendapat malam lailatul qadar.

Mari tingkatkan ibadah dalam diri.