Sunday, September 11, 2011

Kenangan Suatu Persahabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kertas yang ke tiga untuk peperiksaan akhir semester May 2011, akan tetapi malam tadi aku tak bersemangat untuk belajar dan pagi ni pulak dibelek-belek status facebook. Terkenang kisah-kisah yang dulu pernah dibuat dan dirindui untuk diulang.

Antara perkara yang selalu dibuat dan mungkin pembaca juga pernah buat:
  1. Sakat orang ketika cuti hujung minggu sebab kat asrama takde prep.
  2. main bingo kalau bosan-bosan
  3. lepak di tempat yg agak tersorok ketika tekanan melanda atau teringat ....
  4. baca novel sehari semalam tanpa henti sampai habis walaupun esok hari akan ada test.
  5. menonton movie back to back ketika study week.
  6. bersembang pasal gosip kawan-kawan.
  7. buat blog pasal kerjaya sebab terlalu bosan.
  8. barbeku di tengah asrama ketika tiada orang di asrama.
  9. stay up malam-malam atau keluar jalan-jalan time malam
  10. berbasikal masuk hutan sorang-sorang
Kalau dalam list ini banyak pasal perkara yang dibuat ketika aku hendak menghadapi peperiksaan. Ada yang esoknya ada peperiksaan dan aktiviti tersebut berlaku hari ini.

Aku lebih suka mendekatkan diri dengan alam bila diri dihujani tekanan. Orang lain bila dengar cuti atau tiada kelas akan berbicara soal nak rehat tapi situasi berlainan berlaku pada aku. Pabila cuti melanda, disitu masa untuk aku mencari pengalaman baru.

Ujian yang terbesar adalah nikmat masa lapang dan kesihatan. Oleh itu penuhilah segala masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah yang dapat meningkatkan kualiti diri apabila berhadaan dengan Allah dan juga apabila berhadapan dengan manusia.

Bina kualiti diri, Bina potensi diri, Kukuhkan reputasi diri....

2 comments:

  1. pejam mata,duduk,dan bukak air paip....aku mandi...tenang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun salah satu cara nak bg tenang diri...seronok je sejuk air...klu blh berendam dalam sungai pun best gak..hehehe

      Delete