Tuesday, July 30, 2013

Bergerak Menuju Kejayaan

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, maka setiap diri yg bergelar manusia akan sentiasa berlumba-lumba untuk memperbaiki diri dan menambah ibadah harian yg kita laksanakan. Boleh dilihatkan perubahan yang sangat ketara apabila tibanya bulan Ramadhan itu. Masjid kembali penuh, ziarah menziarahi sahabat-sahabat berlaku, semua ingin bersedekah dan pelbagai lagi. Inilah kekuatan dan kelebihan madrasah Ramadhan.

Akan tetapi usahlah biarkan semangat itu hanya di awal Ramadhan tetapi pastikan ia berterusan. Madrasah Ramadhan adalah sebuah sekolah yang boleh membentuk diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik. Di bulan Ramadhan ini juga adalah peluang untuk kita menjadi lebih berjaya. Disiplin masa dan rutin harian kita berubah ketika Ramadhan dan marilah kita menggunakan baki Ramadhan yang masih ada ini untuk membentuk diri untuk menjadi lebih baik dan melatih diri untuk menjadi lebih berjaya. Muslim yang beruntung adalah mereka yang selepas berlalunya Ramadhan, mereka menjadi lebih baik dan lebih berguna dari sebelum Ramadhan manakala mereka yang rugi adalah selepas berlalunya Ramadhan, tiada perubahan yang berlaku padanya bahkan lebih teruk.

Bersamalah kita mengejar kebaikan di akhir-akhir Ramadhan ini semoga kita memperoleh kebaikan dan kita mendapat malam lailatul qadar.

Mari tingkatkan ibadah dalam diri.

No comments:

Post a Comment