Friday, April 29, 2011

Pencari Cinta Hakiki



Pencari cinta...
Apa definisi cinta pada khidmat kalian,
Hanya pada manusia atau penciptaNya,
Hanya pada harta atau pemberi kurnia,
Hanya pada nafsu atau untuk memperoleh mardhotillah,


Pencari cinta,
Jika cinta manusia yang kau cari,
Ia akan hilang dimamah usia,
Jika cinta pada harta yang kau impi,
Ia akan habis dikikis bumi,
Jika kau cinta kerana Ilahi,
Ia akan bterus bersemi,
Menjadi jambatan menuju syurga yang abadi.


Pencari cinta,
Usah mengemis pada manusia,
Usah terleka dengan emas dan permata,
Buka pintu hati kita bersama ,
Untuk memperoleh mahabbatullah,
Cinta yang kekal hingga ke akhirnya.


11.46pm / 28 April 2011


No comments:

Post a Comment