Sunday, May 1, 2011

Kenali Potensi, Tingkatkan Prestasi

Assalamualaikum w.b.t,



Apa khabar iman anda hari ini? InsyaAllah, moga kita sentiasa dalam rahmat dan inayahnya sepanjang hari ini dan hari-hari berikutnya.Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita rasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Dan jangan pula terleka dengan nikmat masa lapang dan kesihatan yang kita peroleh hari ini.

Bercakap tentang petensi diri, apa yang selalu kita fikirkan adalah apa kelebihan yang ada pada diri ini? Mari kita renungkan firman Allah S.W.T dalam At-Tin ayat 4 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan"

Dapat kita rungkaikan yang manusia adalah sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan-Nya di dunia ini.Mengapa masih kita tidak menonjolkan potensi tersebut.Masihkah kita ingin menyimpannya tanpa dimanfaatkan pada orang di sekeliling kita? Renungkan kembali pada sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(HR. Ad-Daruquthni dan Ath-Thabarani)

Jadi dapatlah kita katakan di sini bahawa potensi diri kita adalah apabila kita tahu tujuan kita di dunia ini dan apabila kita kenal siapa diri kita dan ke mana kita akan melangkah pergi selepas alam ini. Jika kita kenal, tahu tujuan dan arah kita, maka kita akan bersedia untuk menghadapinya. Untuk memudahkan kita meningkatkan potensi diri, cuba kita menjadikan ciri-ciri di bawah sebagai pedoman.


Seperti apa yang dikatakan oleh sahabat saya, dia memberikan analogi seperti berikut.Apa kita akan lakukan jika kita diminta membuat persembahan pentas di khalayak ramai? Sudah pasti kita akan menghafal skrip, menyediakan diri dengan lakonan yang mantap dan persembahan yang mengagumkan sebelum kita persembahkan pada hari sebenar. Sama juga di dunia ini. Hidup kita bagai sebuah pentas yang setiap dari kita punya peranan dan potensi masing-masing untuk dimainkan di dunia ini. Maka persediaannya kita juga perlukan sebuah skrip untuk dipertontonkan kepada Ilahi agar dapat kita peroleh rahmatNya di akhirat kelak.

Apabila potensi diri sudah dapat ditemui, maka kita akan dapat meningkatkan prestasi diri dan amalan baik yang dilakukan seperti menjaga ibadah iaitu hubungan dengan Allah dan akhlak iaitu hubungan dengan manusia dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling kita. Ayuh Syabab, kita wujudkan satu generasi baru yang taat perintah Allah, kita contohi akhlak Rasulullah, mari kita jadi seperti  Sultan Muhammad Al-Fateh.

~Ayuha Syabab,kembalikan kegemilangan Islam~

No comments:

Post a Comment