Sunday, October 20, 2013

Hati dan ketentuan

Assalamualaikum w.b.t,

Minggu ini saya disibukkan dengan pelbagai urusan Ijazah Sarjana saya dan kerja pejabat yang perlu diuruskan tapi pada minggu ini juga pelbagai program yang dapat saya sertai dan bermanfaat. Saya rasa perkara yang saya ingin berkongsi adalah berkenaan forum baitulmuslim yang diadakan di UTP pada hari Sabtu.

Pendapat umum mengatakan wanita itu bila sudah membuat pilihan mereka akan setia kerana wanita inginkan jaminan pada masa depannya akan tetapi lelaki ini cepat berubah hati apabila sudah bosan. Mungkin benar dan mungkin salah perkara ini.

Sedikit kupasan dari forum baitulmuslim tersebut, ustaz ridhauddin menyatakan tentang perbezaan antara lelaki dan wanita dan kita diciptakan dengan fitrah masing2. Dan fitrah itulah menyebabkan kita ada panduan dari Al-quran yang telah Allah gariskan untuk mengawal nafsu dan fitrah tersebut.

Penulisan ini buka artikel yang bertujuan untuk memberi fakta tetapi untuk kita memikirkan hubungkait antara kenyataan yang diungkap oleh umum dan maklumat yang saya peroleh dari forum. Jika dikaitkan semula maka kita dapat simpulkan bahawa hidup ini perlulah mengikut syariatNya dan insyaAllah, stigma2 negatif yang berlaku sekarang akan terhapus sedikit demi sedikit.

Marilah kita kembali kepada Allah supaya hidup kita diredhaiNya.

P/s:betul hati lelaki cepat berubah tetapi ia mudah terikat jika lelaki merasa dihargai...:)

No comments:

Post a Comment