Thursday, May 5, 2011

Tingkatkan Usaha Dan Tawakal

Assalamualaikum w.b.t,


Denang nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Yang sentiasa mengurniakan nikmat dan kebaikan kepada kita tanpa diminta. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaaNya.

Tiba sahaja bulan April dan Mei maka itulah saat-saat para pelajar universiti bergelumang dengan pelbagai perasaan.Nak kata suka pun ada, tak suka pun ada akan tetapi walau apa pun perasaan yang melanda kita perlu juga hadapi dengan penuh tekun dan juga tawakkal. Pakar motivasi selalu berkata gunalah formula D.U.I.T iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Dah buat ke sahabat seperjuangan sekalian? InsyaAllah, dekat-dekat peperiksaan ini mesti semua dah dilaksanakan.
Allah juga berfirman dalan Al-Quran:

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)
 
Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita bertawakkal setelah berusaha untuk mendapatkan sesuatu:

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Maka dapat kita simpulkan di sini,konsep tawakal itu penting dan jangan pula tersalah konsep. Tawakal ini memerlukan usaha kita terlebih dahulu baru diserahkan urusan kepada Allah untuk menentukannya bukan kita menyerahkan urusan kita kepadaNya tanpa berbuat apa-apa. Ingatlah Allah memberikan sesuatu kepada kita berdasarkan apa yang telah kita usahakan.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan mengambil peperiksaan. Moga kita terus cemerlang di dunia ini untuk mengizzahkan Islam dan kita juga cemerlang di akhirat kelak,InsyaAllah.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment