Monday, May 2, 2011

Antara Realiti Dan Fantasi

Assalamualaikum w.b.t,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hari ini mencetuskan lagi sebuah idea untuk dicoretkan dalam media sesawang ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang telah berkorban untuk menyebarkan Islam ke pelosok dunia.Jika tidak kerananya,mungkin kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam yang kita peroleh sejak lahir ini.

Berdasarkan tajuk yang telah tercatat di atas,saya rasa semua sudah sedia maklum akan makna realiti dan fantasi dan sentiasa memperkatakannya pabila seseorang itu menceritakan angan-angannya yang tinggi menggunung. Reaksi yang selalu diberikan ialah:

"Eh,tengok sikit keadaan kamu itu,jangan dok berangan ja lebih.berpijak la pada bumi nyata"

Inilah respon yang bakal diperoleh jika kita berangan tinggi melangit macam nak kahwin dengan anak raja. Akan tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima. Saya nampak ketika kita masih di bangku sekolah dan universiti,kita lihat apa yang kita nak kebanyakannya dapat dicapai. Sebagai contoh kita sentiasa ingin tidur dengan selesa, dapat keluar beli-belah dengan kawan-kawan atau suasana kita yang terkawal, pakai kopiah pun orang tak mengata sangat,pakai tudung labuh pun orang tak pelik sangat dan kita mudah sahaja kalau nak berkelakuan baik.

Tetapi persoalannya di sini adakah ia sama seperti di luar sana?Ketika pemimpin bergaduh,usahawan berebut kekayaan dan mana pergi anak muda yang katanya baik,sopan dan berbudi pekerti ini.Fikirkanlah ke mana mereka hilang?adakah mereka menjadi seperti gula yang larut di dalam air dan seterusnya hilang begitu sahaja.Kenapa kita tidak jadi sirap atau milo atau kopi yang larut tetapi dapat mengubat warna air tersebut. Kita perlu kreatif dalam menghadapi masyarakat yang sudah hilang budaya dan akhlak ini. Kita pemuda adalah pengubah dan penentu masa depan negara. Seperti kata-kata Saidina Umar A.S yang berkata jika ingin melihat kekuatan sesebuah negara maka lihatlah pada keadaan pemudanya.

Saya di sini menegur diri dan kita semua agar sedar dari lena yang panjang,bangun menegakkan keadilan.Kita warga penggerak negara,kita penentu masa depan negara. Kita bukan hanya pengikut sahaja akan tetapi kita pembantu dan penasihat pemimpin semasa.Takkan kita hanya melihat ketidakadilan yang berlaku sedangkan kita tahu ia salah,Takkan kita hanya ingin menjadi tunggul kayu yang hanya memerhati dan membiarkan diri mengikut segala yang dibuat untuk kita sedangkan kita tahu ia salah. Kita punya ilmu kenapa tidak kita manfaatkan,kita punya wang kenapa tidak kita infaqkan pada jalan yang benar. Ingatlah hadis Nabi S.A.W bahawa (hadis amalan selepas mati) dan juga harta milik kita adalah harta yang kita telah berikan untuk manfaat orang lain.

Sekadar ini sahaja coretan yang serba kekurangan ini akan tetapi mari kita renung kembali di mana fungsi kita wahai syabab, sedarlah diri kita, bina kekuatan kita, kita bina generasi ilmu, generasi al-quran...

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment