Sunday, May 15, 2011

Renunglah diri

Assalamualaikum w.b.t,


Apabila melihat semula gambar-gambar sepanjang 3 tahun berada di universiti, diri ini sedar bahawa telah banyak amanah yang diambil sepanjang masa tersebut namun begitu diri ini tertanya-tanya adakah telah selesai amanah yang diberi tersebut.Terlaksanakah ia sebaik mungkin dan tercapaikah objektif yang ingin dicapai.Pada mata kasar memang benar ia bagaikan sudah selesai apabila tamatnya program tersebut.

Apabila diteliti semula, diri ini terasa betapa beratnya amanah yang telah ditanggung sebelum ini. Adakah diri ini dapat menjawab semua amanah ini di hadapan Allah nanti? Bagaimana ingin aku menjawab di hadapanNya nanti? Moga Allah menerima segala gerak kerja yang telah aku lakukan semampu yang boleh.

Akhir kalam,marilah kita meneliti hadis di bawah dan sama- sama kita memperbaiki diri. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment